suka duka
March 16, 2009

dan kalau ini benar. gua tidak akan berada disekolah sepanjang minggu hadapan.
yahoo!!sigh..macam tak best pon ada…
hujung minggu yang lepas
March 2, 2009
seperti biasa, hujung minggu gua takde la syiok habis. cuma kejadian dan keadaan biasa-biasa je. dan yang tak bestnya, gua kena kerja hari sabtu. mesyuarat agung PIBG. yeah. tapi mesyuarat PIBG sekolah gua syiok, kejap je. belum pukul 11 dah habes. dan berkat daripada kesungguhan gua menunjukkan sikap malas dan tidak berupaya melakukan apa-apa kerja. sekali lagi gua tidak tersenarai dalam AJK. dan gua berniat untuk terus begini sampai tua. haha.
selamat pengantin baru buat teman semaktab merangkap geng scrambler merangkap kaki photo bersama gua, PEJAL yang telah selamat diijab kabulkan dengan SI KINAH, sabtu jugak hari tu. gua bergegas ke selayang lepas mesyuarat PIBG. semoga berkekalan selama-lamanya. hehe.
ahad, gua tidur sepanjang hari. ganti balik tidur-tidur gua untuk hari selasa, rabu, khamis dan jumaat yang terganggu akibat permasalahan berderat malam bersama ABE JOE. bangun petang, gua kemaskan dapur. dan yang paling penting, gua mula MASAK semula!!!yeah. sila percaya k.
haha.
weekdays kembali. gua kembali gelisah. sigh.
rindu
February 26, 2009
dah hampir 2 bulan tak gomol ateq. rindu sangat rasanya. kalau tak syok juge layan katun dengan ateq. join ngan angah skali. tapi, menurut cerita chik, angah skang busy dengan youtube, layan transformers n hotwheels. go on angah, tengoklah, gua tak risau dengan angah ni sebab dia seorang yang belajar daripada apa yang dilihat. dia bukan tengok kosong je. ateq lain, dia tengok je, moral value hampeh satu pun tak penah masuk. haha. it’s the matter of age, i think. dia masih belum bersedia untuk menerima benda-benda cam tu kot.
rindu gua dengan makanan bonda. kuih-kuih kat lemal. argh. mau tak keruan gua cam nih.
insyaallah, bulan 3 ni gua balik kampung. balik tuk mengobat rindu.
bulan 3 ni juge mungkin online aplication untuk pertukaran antara negeri bukak lagi skali. skali lagi gua akan isi borang pindah. gua nak balik stay kat kampung. puas dah gua dari umur 14 tahun di perantaun. dah hampir separuh umur gua. not bad kot lepak kampung zaman sekarang neh. wish me luck k.
rindu gua kat ecah n all kengkawan geng lepak putrajaya. ecah, botak, faiz, zami, chekgu, fiq, yol, aie, semua lah. lama betul gua tak jumpa korang. takpelah. bagi rindu lagi kuat lah baru kita jumpa. ok?