hujung minggu yang lepas
March 2, 2009
seperti biasa, hujung minggu gua takde la syiok habis. cuma kejadian dan keadaan biasa-biasa je. dan yang tak bestnya, gua kena kerja hari sabtu. mesyuarat agung PIBG. yeah. tapi mesyuarat PIBG sekolah gua syiok, kejap je. belum pukul 11 dah habes. dan berkat daripada kesungguhan gua menunjukkan sikap malas dan tidak berupaya melakukan apa-apa kerja. sekali lagi gua tidak tersenarai dalam AJK. dan gua berniat untuk terus begini sampai tua. haha.
selamat pengantin baru buat teman semaktab merangkap geng scrambler merangkap kaki photo bersama gua, PEJAL yang telah selamat diijab kabulkan dengan SI KINAH, sabtu jugak hari tu. gua bergegas ke selayang lepas mesyuarat PIBG. semoga berkekalan selama-lamanya. hehe.
ahad, gua tidur sepanjang hari. ganti balik tidur-tidur gua untuk hari selasa, rabu, khamis dan jumaat yang terganggu akibat permasalahan berderat malam bersama ABE JOE. bangun petang, gua kemaskan dapur. dan yang paling penting, gua mula MASAK semula!!!yeah. sila percaya k.
haha.
weekdays kembali. gua kembali gelisah. sigh.